Temuduga Pendidikan : Kursus Pendidikan IPTA

Panduan ni untuk korang yang nak jadi guru, smada Lepasan SPM, STPM/Setaraf, yg nak ambil Kursus Pendidikan ke IPTA.

Temuduga kat UMS Sabah. Tarikh:07 May 08.
Antara Soalan² yg diajukan adalah..

1. Napa korang nak jadi guru? Guru tu best sangat ke? Taknak kerja lain?
2. Apa sifat² seorang Guru? Tentulah sifat² yg baik kan, fikirkan..
3. Apa isu antarabangsa sekarang? Isu tempatan yg paling hangat?
4. Ciri² guru yang kamu kagumi, senangi?
5. Boleh mengajar ke? (Korang mungkin akan disuruh DEMO mengajar kat depan penemuduga tu.. So, prepare tentang MataPelajaran yg korang apply tu)
6. Awak rasa, awak sesuai ka jadi guru ni? Napa pula?

Itu adalah soalan² yg ditanyakan kepada Jawahir.

Soalan² adalah berbeza mengikut budi bicara penemuduga.

Sila komen jika anda mempunyai info yang berlainan.

2 comments:

aji said...

soalan lazim yang ditanya semasa temuduga kursus pendidikan ipta ialah:
1. latarbelakang kita
2. kenapa minat jadi pendidik
3. pengetahuan am mengenai poltik, ekonomi, isu semasa berlaku dalam dan luar negara.
4. ciri-ciri pendidik yang baik
5. pengalaman mengajar
6. cara / idea anda mengatasi masalah disiplin pelajar sekolah
7. anda diberikan situasi dan disuruh komen cthnya kes pelajar dirotan guru- ada kesan luka - pelajar lapor polis - apakah tindakan anda.

Disediakan oleh
Hj.Mohd Fadhilah Zakaria
Kaunselor
SMK Jerantut
Pahang
mfadhilah@gmail.com

Anonymous said...

SALAM, sy nak bertanye adakah soalan2 tersebut di tanya dalam bahasa melayu atau mggunakan english ? tq

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger