Temuduga Pendidikan : Kursus Pendidikan IPTA

Panduan ni untuk korang yang nak jadi guru, smada Lepasan SPM, STPM/Setaraf, yg nak ambil Kursus Pendidikan ke IPTA.

Temuduga kat UMS Sabah. Tarikh:07 May 08.
Antara Soalan² yg diajukan adalah..

1. Napa korang nak jadi guru? Guru tu best sangat ke? Taknak kerja lain?
2. Apa sifat² seorang Guru? Tentulah sifat² yg baik kan, fikirkan..
3. Apa isu antarabangsa sekarang? Isu tempatan yg paling hangat?
4. Ciri² guru yang kamu kagumi, senangi?
5. Boleh mengajar ke? (Korang mungkin akan disuruh DEMO mengajar kat depan penemuduga tu.. So, prepare tentang MataPelajaran yg korang apply tu)
6. Awak rasa, awak sesuai ka jadi guru ni? Napa pula?

Itu adalah soalan² yg ditanyakan kepada Jawahir.

Soalan² adalah berbeza mengikut budi bicara penemuduga.

Sila komen jika anda mempunyai info yang berlainan.

Temuduga SPA : Pembantu Antidadah

Sebelum temuduga bermula, proses pengambilan air kencing untuk ujian air kencing akan dijalankan terlebih dahulu.So, jangan kencing sebelum tu. LOL. .

Seterusnya temuduga...

a. Pertama, perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris, nama, umur, keluarga, dan pendidikan terakhir, pengalaman kerja, etc. Tambah la apa2 lagi mengikut kreativiti anda. Jgn lebih 5 minit, nanti penemuduga bosan pula.

b. Apa kebolehan diri kamu yg boleh digunakan dlm jawatan ini? Maybe korang ada tali pinggang hitam Taekwando,,mahir silat etc.

c. Tugas² jawatan ni apa? Sila cari sendiri. lol

d. Bagaimana kamu boleh membantu jika diberi jawatan?

e. Sebut Akta² Dadah.. Cari kat http://www.pemadam.org.my/cda/m_home/index.php

Korang mungkin ble jg ditanya tentang dadah, cara mengatasi dan sebagainya..




Temuduga SPA : Juruteknik Komputer Ft17

Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Maybe lain tempat, lain soalan & caranya.

Antara soalan² yg diterima adalah..
a. Diorang tanya pengalaman, pernah cuba membaiki komputer ke tak.

b. Apa yang ada dalam komputer? Dalam CPU tu..

c. Klo ada beberapa bijik komputer nak kongsi komputer, macamna? Buat network and sharing lo.. Haha.. Baca buku komputer pasal Rangkaian dan Telekomunikasi..

d. Ada berapa jenis komputer? Haha.. Bukan DELL,ACER gitu, itu jenama.. Cakap je ada Komputer Super, Makro, Mikro, Desktop, Laptop, Tablet..

e. Apa langkah² keselamatan semasa membaiki komputer? Sebelum buka, apa nak buat..

f. Soalan teda2, klo kamu kna hantar jauh dari kg kamu, nak juga ka? Di dalam hutan ka.. Haha..

g. Macamna komputer ble rosak..

Kawan sya kna tanya tentang
a. Apa tu OS (Operating System)? Ada brapa jenis OS? Windows version ada berapa?

b. Linux, cmna paparan LINUX, dan hal² tentang LINUX la..

c. Camna nak tau ada virus ke xda dalam komputer?

d. Klo komputer tetiba jer padam, apa masalah?

e. Klo kamu kna suruh beli komputer, apa ciri² komputer kamu beli, keupayaan, dsbg.

Dan macam² lagi... Korang juga boleh ditanya tentang virus, isu² semasa dan sebagainya..Kadang², kna introduce lu diri dalam BI.. Ok.. Harap membantu..


Persediaan Awal

Sebelum mengahadiri temuduga, pastikan dokumen² diri anda lengkap.
Sila buat salinan bagi dokumen² diri yang penting terutamanya K/P, Sijil Lahir, Sijil Persekolahan, dan Sijil SPM, transkrip Diploma, Ijazah dan sebagainya.

Kenalpasti Jawatan, tugas², dan Syarikat atau tempat bekerja.
Fikirkan cara bagaimana anda dapat menyumbang dalam jawatan tersebut.

Sediakan RESUME yang pada dan ringkas.

Berpakaian FORMAL semasa menghadiri temuduga.

Di tempat temuduga, sila bertenang, apabila tiba giliran anda, ketuk pintu, masuk dan beri salam serta senyum pada penemuduga. Jangan duduk sehingga anda dijemput duduk.

Bercakaplah dengan suara yang lantang agar ia mudah didengari.

Last Update on 17 May 2008.

Sumbangan Pengalaman

Laman Blog ini dicipta untuk membantu kita semua.
Anda boleh menyumbang pengalaman temuduga anda disini..

Sila e-mel ke valsonz_vals [a] yahoo.com.

Sila sertakan (wajib)
1.Nama anda (Senemar @ Samaran),
2.Jawatan yg Ditemuduga,
3.Tarikh dan Tempat temuduga,
4. Jenis temuduga (SPA, Swasta, dsbg)
5. Soalan² yg ditanya semasa temuduga.
6. Panduan/Tips dari Anda..

Anda boleh juga sertakan no telefon atau butiran lain jika mahu..
Jika Sumbangan anda yang diPostkan dalam blog ini, URL blog/site anda akan diletakkan dalam PENYUMBANG..
Terima Kasih atas Sumbangan Anda..

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger